Salam Prof dan Dr hati,
hurmm..saya ada masalah yang saya ingin kongsikan disini bersama dengan Prof dan Dr Hati.Harap Prof dan Dr Hati dapat bagi nasihat atau apa-apa cadangan.
Ceritanya macam ni.saya sudah ada bf dan perkenalan kami bermula di awal tahun ini..tapi suddenly dia berubah..last saya bercakap dengan dia pd pertengahan bulan 5..sampai sekarang saya xmsj dan call dia.dan dia pn macam tu juga.time last saya bercakap dengan dia..dia kate yang dia perlukan space dan time..so it's ok...saya xkisah...n dia pn ade ckp xsemua mslah die blh berkongsi dgn saya...xpe, saya fhm...n then die suro saya sbr...dia ada gak ckp,dia ada prob kat tmpt keje + financial probs...it's ok...stiap org ada mslh msing2...saya sbr tggu dia kat sini wpn saya xtau keadaan dia kat sana mcmne...FYI dr hati and prof...our parents dah tau tntg relationship kitaorg but xtau probs kitaorg...dia pn dah jmpe parents saya n saya pn mcmtu...dia plan nk kawin aftr saya hbs stdy...means next year...but tu semua saya rs mcm tggal kenangan...saya xtau ape probs dia yg sbnrnye...knp die sepikan diri dia dr saya????
but dulu dia ada cite pd saya pasal kisah silam dia..sy terime baik buruk diq...saya tlalu sygkn dia..for me stiap org ada kisah silam msing2...manusia mana yg xbuat silap...n dia pn ada ckp dia tkt kisah silam dia mhantui diri dia...dia pn pnah ckp saya xsesuai dgn dia sbb tlalu baik buat dia n tlalu sempurna n dia pk diri dia jht...but i dun think so..coz i'm not a perfect women...mcm kapel2 yg lain, of cos korg ada pggln mnje tsndiri kn? mcm saya n dia jugak...ada pnggilan khusus, tp br2 ni saya dpt msj dr dia..tkilan rs hati coz panggilan tu dh b'ubah kpd saya n awak...saya tnye knp hubgn kita jd mcmni n apa salah saya...but no reply...adakah saya msih di hatinya? patutkah saya terus bsabar, terus setia menunggu @ lepaskan dia? saya xsanggup utk melepaskan dia pergi..he's very very special to me...die xpnah kluarkan kate utk memutuskn hubungn kami...tp cara dia lyn saya mcm dia nk saya sendiri yg fhm........
Prof and dr,
saya xblh lupakan dia...wlpn dh hmpr 2 bln kami xbhubung,saya mkin rindukn dia...xde lngsung perasaan benci pd dia...saya setia menunggu dia...tp smpai bile bnde ni akn blarutan? saya msh bsabar smpai skrg...coz really luv him...hmpir 2 thn saya ttp pntu hati saya pd mn2 lelaki but awl thn 2009 dia bjaya mbuka pntu hati yg dah lm t'ttp...tp br shj nk kecapi bhagia, mslh timbul
apakah yang harus saya lakukan??
gadis dipersimpangan
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Salam gadis dipersimpangan,
ReplyDeletepertama sekali dr hati ingin katakan banyakkan bersabar kerana ini dugaan yang Allah berikan kepada gadis persimpangan.sememangnya memang bukan mudah untuk menghadapi kehilangan insan yang kita sayangi tapi seberapa lama kita boleh bersabar dengan keadaan ini?menunggu dalam ketidakpastian.tidak tahu mana penghujungnya akan sebuah perhubungan itu.menanti dan hanya terus menanti.
Nasihat Dr hati adalah lakukan pertemuan empat mata mata..berbincang dgn dia apa masalah dia yang sebenarnya, cuba tanya dia apa yang harus kamu berdua buat untuk selamatkan hubungan ini..dengar apa kata-kata dari dia..mendengar kata-kata dia tidak semestinya kena mengikut segala-galanya tetapi cuba kamu teliti dan fikir apa luahan kata-kata dia..dari situ kamu nilai dan mungkin kamu boleh buat keputusan apa yang terbaik utk diri kamu..sekalipun kamu amat sayangkan dia dan kalau ada jodoh kamu mungkin kamu tetap dengan dia..banyak-banyak la berdoa pada Allah..tetapi jika tidak,terima la ia walaupun ia melukakan hati kamu.percayalah ada insan yang lebih baik yang ditakdirkan untuk kami.semoga nasihat dr dapat membantu kamu.
p/s:professor love mungkin ada ingin tambah apa2?
Yeap.. btol apa yang dikatakan oleh Dr. Hati. Berbincang adalah perkara yang terbaik.. tapi jika dia berkeras utk berjumpa.. tidak mahu bersua empat mata.. byk lagi medium lain utk kamu guna bagi menyelesaikan masalah kamu berdua.. tp apa-apa pun.. bertentang 4 mata adalah yang terbaik daripada menggunakan medium lain.. tapi kamu boleh guna apa-apa kaedah jika terdesak.. cuma jangan biarkan ini berlanjutan.. jgn menunggu sahaja.. lakukan sesuatu utk hubungan kamu berdua..
ReplyDeleteTentang perasaan cinta.. benar kata Dr. Hati.. soal jodoh memang sukar utk diperkatakan.. cuma.. banyakkan bersabar. Minta petunjuk daripadaNYA.. Semoga segalanya akan baik2 sahaja..
Sekadar Berkongsi,
Professor Love
Dynaz, saya faham perasaan kamu.
ReplyDeletesebenarnya, perkara ini susah ditafsir, kerana jawapan sebenar ada di tangan lelaki itu. Mungkin dia ada orang lain, atau mungkin dia buat salah dengan kamu ataupun sebab yang lain. cuba bertanya dengan dia, dia masih sayangkan kamu atau tidak. samada ya atau tidak, jika kamu masih sayangkan dia dan dia masih tiada sesiapa dihati selain kamu (walaupun sudah luntur sedikit rasa hati itu), kamu terus lah berhubung dengan dia. tanya khabar dia, masukkan jenaka sedikit, dan apa2 yang kamu rasa boleh menggembirakan hati dia. Walaupun dia tidak balas, teruskan juga. Tapi jangan terlalu mendesak, kerana kelak dia akan membenci kamu. ini adalah sifat kebiasaan lelaki, apabila ego menguasai hati(maknanya mungkin dia nak mengelak dari kamu sbb rasa bersalahnya pada kamu ataupun memang dah tiada hati pada kamu), lelaki akan berasa rimas dengan msg2 yang terlalu banyak sehingga menggangu fikiran mereka.
jangan bertanya lagi tentang kata nama itu. Biarkan dia. biar dia rasa selesa dengan kamu dahulu. Seperti mula2 kamu bercinta. Bila lelaki itu dah selesa, mereka akan seronok berbicara dengan kamu. Layan berborak dengan dia dengan baik, sehingga menjadi pendengar yang baik, sehingga dia sendiri yang meluahkan rasa cinta itu kembali pada kamu.
Memang akan mengambil masa yang lama. Depends on the person itself. Berdoa lah pada Tuhan. Supaya dibukakan mata hati lelaki itu untuk melihat keikhlasan kamu untuk menyayangi dia dalam apa jua keadaan. Tapi ingat, niat mesti ikhlas. Jujur itu penting. Dan buat sesuatu yang boleh dia rasa kagum dengan kamu. Contohnya, tukar penampilan yang lebih menarik, success in work and life. Tapi yang paling penting, jaga pergaulan kamu. Terutamanya dengan lelaki lain walaupun hanya kawan. Kerana ini akan menjadi isu untuk dia lagi benci pada kamu.
Sementara itu, cuba lah berkawan dengan orang lain. Tapi kawal pergaulan dan percakapan kamu dengan mereka, maksudnya jangan bagi harapan pada lelaki lain, atau melayan lelaki lain lebih2.
Kalau kamu tak sanggup tunggu, apa lagi, angkat kaki dan jalan saja lah.. hihi..
Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Kerana Allah S.W.T telah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Mungkin dia akan jadi lebih baik dan lebih menyayangi kamu lebih dari dulu, ataupun ada orang lain yang lebih baik yang sedang menunggu kamu. Sabar. Memang senang untuk orang berkata " sabar je lah, esok2 ok lah tu" tapi hanya kita dan Tuhan saja tahu. Kalau kita sabar, Allah S.W.T pasti akan bantu kita. InsyAllah.
Wassalam
Maaf. silap nama.. tapi itu ulasan untuk post ini.. hihi.. :)
ReplyDeletehai honeydy Love.. thx you for giving your coment.. sama2 kita membantu rakan2 kita.. ;-)
ReplyDelete