Masalah ini di dapati daripada satu forum.. forum tentang cinta.. buat dynaz.. maaf skiranya kami berkongsi di sini.. erm.. cinta.. masalah seperti kamu ini memang rumit, kerana ini melibatkan hati. Hati kamu berkeras dan degil untuk melepaskan dia yang kamu cintai itu pergi. Mungkin banyak faktor yang menyebabkan kamu tidak mahu dia pergi.. dan antara satunya kerana kamu cintakan dia.. terlalu.. rite?
Dynaz.. jika keluarga kamu telah mengetahui hubungan kamu berdua. Sekiranya paernts kamu telah mengenali si dia.. bukankah itu lebih mudah untuk kamu? Pendapat sy yang pertama, bincang dengan parents kamu. Tanya pendapat mereka. Ibu bapa adalah tempat rujukan terbaik untuk kita. Dia lebih bijak menilai. Jadi tanya mereka.. apa pendapat mereka.. pasti mereka akan berikan pendapat yang paling sempurna.. tapi.. sekiranya kamu segan untuk berbincang dengan parents kamu.. jalan terbaik.. kamu tanya diri kamu.. Adakah kamu benar-benar cintakan dia? Adakah dia adalah lelaki yang terbaik untuk menjadi pembimbing kamu? Menjadi suami kamu? Adakah dia mampu untuk menjaga perhubungan dengan kamu, sehingga akhir hayat kamu? Adakah kamu yakin dengan semua jawapan kamu? atau kamu skrg ini hanya di kaburi cinta? hanya di lindungi cinta????????
Dynaz.. Adakah kamu rasa dia seorang lelaki yang bertanggungjawab? Sifat bertanggungjawab amat diperlukan untuk menerajui sebuah hubungan.. apatah lagi apabila mengetuai keluarga.. jadi adakah si dia begitu? kamu rasa.. adakah dia cukup bertanggungjawab sehingga membiarkan kamu seperti di gantung tidak bertali? diluah mati emak.. ditelan mati ayah? membiarkan kamu termanggu sendiri? berfikir itu dan ini.. tanpa jawapan yang hakiki.. adakah itu y kamu cari?????
Dynaz.. jika kamu rasa dia punya masalah.. berikan dia waktu.. tapi mungkin kamu akan bertanya.. sampai bila??? YA! itulah y kamu perlu persoalankan kepada dia. Jalan yang terbaik.. berbincang dgn dia. Kamu luahkan apa yang kamu rasa! Jangan pendam sahaja! Tidak ada salahnya.. tidak ada apa yang mahu di malukan.. Luahkan saja apa yang kamu rasa.. Jika kamu cinta.. katakan cinta.. jika kamu bimbang.. katakan bimbang.. Jika kamu rindu.. ucap sahaja.. Bukankah kamu hidup sekali sahaja di bumi ini.. jadi.. apa yang kamu nak takutkan lagi? setiap perasaan itu adalah anugerah Illahi. Gunakan ia.. jangan disembunyi. Jangan pernah takut dengan risiko y kamu tidak pasti. Lafaskan segalanya, biar dia mengerti.
Dynaz.. berbincang adalah jalan terbaik. Jika dia tidak mahu berjumpa.. kamu boleh guna pelbagai altenatif lain. Sms dia, email dia.. luahkan segala yang kamu rasa.. jangan hanya menanti kepulangan dia..
Dynaz.. maaf sekiranya saya salah.. Nama panggilan yang kamu berdua cipta dengan kerelaan hati kamu berdua.. tiba2 dia menukarkan nya.. adakah kamu rasa dia masih lagi mempunyai rasa? Atau cinta kian hilang di dada si dia? Setelah panggilan itu kamu berdua gunakan selama ini.. dan dia tiba2 menukarnya.. adakah dia masih lagi mahu kamu menanti? atau dia tidak mahu kamu menunggu lagi? Adakah kamu mahu itu semua terjadi? Membiarkan dan menunggu saja dia kembali? Atau kamu mahu menyelamatkan hubungan kamu ini? lalu.. segeralah berbincang secara baik dgn dia..
Erm.. Dynaz.. maaf sekiranya pendapat sy ada salahnya.. Sy sekadar berkongsi pendapat sahaja.. segala yang baik dan sempurna datangnya dari YANG MAHA ESA.. di sini sy ingin memberi pendapat.. berkongsi rasa.. kita sebagai wanita.. sememangnya mahu di cintai oleh insan yang kita cintai.. ingin di sayangi dan di kasihi sebagaimana cinta yang terbuku di hati kita ini.. tapi.. kita wanita.. lebih baik menanti.. menanti cinta sejati.. cinta dunia yang akan kekal juga di akhirat nanti.. Kita wanita.. tidak perlu mengejar lelaki.. jangan memburu lelaki.. kerna.. jika kita kepenatan nanti.. jika kita kehabisan tenaga untuk berlari.. untuk mengejar lagi.. adakah mereka akan berhenti? berdiri dan memimpin kita supaya bisa bertatih lagi? atau mereka akan pergi? mencari si idaman hati? Jadi biar mereka yang memburu kita.. mengejar kita.. biar mereka yang berusaha memakluki hati kita.. kerna.. jika mereka berjaya.. mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan kita.. itulah cinta yang patut kita terima.. kita wanita.. insan istimewa.. perlu mendapat cinta sejati.. hingga ke syurga
Sekadar berkongsi..
Professor Love
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




hurmmm...xpe prof.love...at least dynaz leh gak tau pndpt n nasihat dr rmai org...xt'had kat forum tu je..pape pn thanks a lot ye prof.love...nnt kalo de pape leh la dynaz kongsi dgn prof.love ye :)
ReplyDeleteOkay.. by the way.. good luck in your life..
ReplyDelete