Salam.. Hai. Terima kasih sudi berkongsi masalah kamu bersama kami.. Sy baca dua tiga kami email kamu ini, untuk mendalami masalah yang sedang kamu alami.. dan segala masalahnya boleh di selesaikn dengan satu perkara.. Buangkn jauh2 ego itu.. segala masalah akan berlalu.. Itu pendapat sy secara kasar.
A.. sy ingin menyoal kamu.. mengapa kamu menyatakan ‘antara saya dh mula syg kat dia, itu sy xpasti’ ? kamu tidak pasti sama ada kamu syg dia?? Sy rasa kamu tidak perlu menyatakn bahawa kamu tidak pasti kerana sy yakin kamu syg kn dia. Kamu cuma takut utk menyatakan bahawa kamu sygkn dia kerana kamu tidak pasti dia sygkn kamu juga atau tidak rite? Kamu boleh menipu sesiapa utk menyatakan kamu tidak sygkn dia.. tp jgn sesekali menipu diri dan perasaan kamu.Tentang kecurigaan kamu ‘benar2 ke dia nk serious bkwn dgn sy’? itu.. sebenarnya hanya dia y tahu. Cuma waktu tak mengizinkan dia utk berbuat begitu. Jika kamu sygkan dia, benar-benar sygkan dia, cuba fahami perasaan dia. Dia telah di kecewakan oleh insan y dia cinta. Impactnya terlalu kuat utk dia. Jika dia pencinta yang setia, pencinta y benar-benar menjaga cinta, mungkin dia memerlukan masa yang lama utk pulih daripada apa y pernah dia alami nya. Cuba fahami dia. Dia sememangnya teramat takut utk bercinta lagi. Takut hatinya di sakiti lagi. Takut di kecewakan lagi..
A, sy bukan nk menyedapkan hati kamu, tp.. apabila dia bertanya "napa saya xbkwn dengan mana2 bdk laki" sy rasa, dia ingin mengetahui daripada kamu. Ingin juga menguji kamu. Ingin tahu, mengapa kamu hanya berkawan dgn dia, sedang tidak dgn lelaki lain. Sy rasa jika sy jadi dia, sy sedikit kecewa apabila kamu jawab kamu belum berjumpa dgn org y boleh buat kamu jatuh cinta.. jadi seolah2 kamu katakan, kamu tidak cintakn dia.. mungkin dia mahu mendengar jawapan y lebih baik daripada kamu, seperti.. ‘sy senang berkawan dgn awk shaja, jadi sbb itu sy tak mahu kwn dgn org lain’.. mungkin jawapan kamu itu akan meningkatkn keyakinan dia bahawa kamu sukakn dia. Tpi jawapan kamu membuatkan dia tidak yakin, dan dia mungkin bimbang dia bertepuk sebelah tgn shaja. Dia bertindak berhati-hati sekarang ini kerana dia tidak mahu kecewa lagi. Jd jgn salahkn dia jika dia menyepi atau tidak pernah menunjukkn bahawa dia sukakan kamu.. kerana dia terlalu takut utk mengulangi.. takut utk menghadapi.. takut berdepan dengan saat2 hatinya dikecewakan lagi..
Dan A.. mungkin juga dia malu.. malu atas apa yang terjadi.. peristiwa dia dianiaya sehingga masuk lokap.. mungkin dia rasakan dia tidak layak untuk kamu.. dia segan dengan kamu.. itulah sebabnya dia berubah apabila perkara itu terjadi.. Tapi apa-apa pun hanya dia sahaja y mengetahui mengapa dia berubah laku.Alisa.. sudah terang lagi bersuluh.. dia sendiri menyatakan bahawa jika ada perempuan yang minat kat dia.. dia nk pmpuan itu approach dia dlu.. dia bukan serik utk bercinta lagi.. tp dia takut.. dia masih belum yakin. Kamu perlu yakin kn dia jika kamu sygkn dia. Ego.. Ego.. ego tidak akan bawa kamu ke mana-mana.. tp cinta akan membawa kamu ke arah bahagia. Jadi, adakah kamu mahu kalah pada ego kamu snd? Mahu kalah pada ego itu sehingga kamu kehilangan perkara yang terlalu bererti?
A.. bukan mudah utk kamu terima lelaki kan? Bukan mudah utk kamu jatuh cinta.. jadi.. kenapa apabila perasaan itu ada.. kamu mahu menyimpannya sahaja?? Kenapa kamu mahu menyembunyikan rasa? Sepatutnya kamu gembira.. kerana kamu punya rasa cinta. Jadi.. kan bagus kamu khabarkan pada dia. Mungkin ini pertama kali kamu rasa begini.. jadi apa salahnya kamu lakukan pertama kali.. luputkan ego kamu sementara waktu.. dan luahkan segalanya.. Tak salah kalau kamu memulakan dahulu.. dlm perhubungan, tak semestinya lelaki y perlu mulakan dulu..
A.. jika kamu tidak mahu begitu.. cubalah cari org tengah atau org ketiga.. tetapi.. mungkin perkara ini sukar juga.. sbb kamu perlu cari org y benar2 kamu percaya. Di sini sy boleh berikan kamu contoh masalah y pernah sy selesaikan.. apa kata kamu gunakan cara seloroh atau bergurau dgn dia? Dulu pernah ada seorg gadis ni.. dia tak pernah pun rasa btul2 suka kat lelaki. Masalahnya.. lelaki itu pensyarah dia. Dan lagi, dia ini seorang y ego, tak penah suka meluahkan apa y dia rasa. Tapi, kerana dia berfikir, tak guna di simpan perasaan itu.. jadi dia ambil keputusan utk luahkan juga. Wpn risikonya besar.. Bg pendapat sy, apa y terjadi kemudian itu adalah terletak pada lelaki itu. Si gadis da meluahkan.. jika lelaki itu suka.. dia akan terima dan ambil langkah seterusnya juga.. tapi jika tidak.. sekurang2nya gadis itu tahu.. dan tidak perlu lagi menunggu.. Mungkin dia boleh menjadi kawan rapat atau selain itu.. skurang2nya.. dia tidak lagi terbelenggu dlm perasaan itu.
Apa y si gadis itu lakukan.. dia takut sesuatu berlaku lepas dia meluahkan rasa itu.. jadi dia tahu, jika dia meluahkan seorang diri, atau ckp seorg diri pada lelaki tu.. mungkin perkara itu Nampak terlalu serious.. Jadi dia jumpa lelaki tu (pensyarah dia).. bersama seorg kawan.. Mungkin dlm kes kamu, sy tak pasti sama ada kamu boleh berjumpa dgn dia atau tidak kerana menurut kamu dia skrg sudah smbg belajar. Kamu pula tak beritahu di mana.. jadi kemungkinan kamu sukar utk jumpa dia rite? So, mungkin kaedah ini kamu tidak dpt lakukan.. tp tidak mengapa.. mungkin kamu boleh ubah sedikit kaedah ini.
Apabila berjumpa, gadis tu menyatakan.. dia ada lakukan kesilapan.. ada buat salah.. ada buat benda y tak patut.. jadi lelaki tu pelik la.. dan nak tahu apa kesalahan y si gadis da buat.. lalu si gadis jwb.. kesalahan dia.. kesilapan dia.. dan benda y tak patut dia buat.. adalah dia sukakan pensyarahnya tu.. erm.. mungkin kamu boleh cuba berseloroh atau berjenaka dgn dia. Kamu katakan la.. kamu ada benda y tak ptt buat.. cthnya.. kamu da betray persahabatan kamu berdua.. mungkin dia pun curiga.. dan ingin tahu knp.. then.. kamu katakan la.. kamu telah melanggar peraturan dalam persahabatan di mana kamu telah jatuh kasih pada dia.. atau menyukai dia lebih dari seorg sahabat.. jadi kamu bersalah la.. dan apakah hukumannya? Kamu boleh lagi ke bersahabat dgn dia? Atau kamu berdua akan menjadi lebih dari kawan? Hahaha.. mungkin kamu boleh la buat unsur2 jenaka sedikit.. tidak menampakkan yang kamu terlalu serious. Cuba lakukan dlm bersahaja.. jgn Nampak terlalu mendesak dan terlalu inginkan komitmen si dia.. lihat apa reaksi dia.. mungkin di situ kamu akan Nampak jawapan y kamu cari selama ini..
A.. sy rasa.. mungkin setakat ini dulu.. kamu boleh menghubungi sy lagi sekiranya kamu perlukan bantuan lagi.. Kami sentiasa ada.. Y sempurna itu datang daripada YANG MAHA ESA.. sy hanya insan biasa..
Sekadar Berkongsi..
Professor Love




No comments:
Post a Comment
TQ for sending us a comment. We will reply back as soon as possible! We always there.. ;-)
Best Regard,
Professor Love