Aku seorang lelaki.. dilahirkan di dunia ini.. kebahagian selalu menemani.. apa sahaja y aku mahu akan aku perolehi.. tapi cinta.. aku tidak mengerti.. mengapa setiap manusia mengejar2 suatu y bergelar cinta.. aku tidak pernah jatuh cinta.. aku tidak tahu apa itu cinta.. bagi aku, cinta itu bukanlah apa-apa.. sehinggalah aku bertemu dgn dia.............................................
Kisahnya bermula pada suatu hari.. waktu tu aku dan Ikmal, kwn karib aku sedang window shopping di KLCC. Sedang kami berjalan-jalan smbl bual2 tu.. kami terdengar suara seorang wanita menolak2 permintaan seseorang. Aku dan Ikmal tercari-cari.. dan kami nampak di hadapan sebuah salon kecantikan (tak perlulah aku nyatakan nama kedai tersebut) seorang lelaki sedang meminta-minta sesuatu pada seorang wanita y membelakangi kamu. Dari belakang aku tahu, wanita tersebut bertubuh tinggi langsing. Memakai baju kemeja lengan panjang putih dgn potongan moden dan seluar hitam straight cut. Rambutnya di lepaskan panjang begitu saja.. hitam berkilat.
"Pehal diaorg tu?" Ikmal y sememangnya kaki sibok tepi kain org bertanya.. Aku menjungkit bahu, mahu terus pergi dari situ, tapi kelihatan wanita itu beria-ia menolak dan berundur perlahan-lahan. Aku dan Ikmal melambatkan langkah kami kerana wanita tersebut semakin lama semakin hampir berundur mendekati kami. Baru kami tahu, lelaki itu sedang memujuk wanita itu untuk menjadi model. Lebih kurang begitu lah. Tiba-tiba.. tidak dapat lagi aku mengelak, wanita itu terlanggar tubuh aku. Wajahku berkerut. Kedengaran suara wanita itu mengadu kecil.. dan seraya itu dia menoleh ke arah ku.. Kali itu.. kali pertama.. aku dapat melihat pemandangan terindah dalam hidup aku..
"Maaf..maaf" itulah perkataan y bertubi-tubi disuarakan.. sedang aku hanya kaku merenung dia. Wajah dia.. itulah dia.. wanita y ku cinta pada pandang pertama. Aku masih lagi ingat wajah dia itu, haruman dia pakai waktu itu.. aku masih ingat semua itu! Tak akan aku lupa detik dan saat itu.. Wajah dia y kelihatan bersalah kerana melanggar aku.. wajah bimbang itu.. sentiasa menjadi hiasan mimpi2 aku.. tapi malangnya.. lepas kejadian itu.. dia terus berlalu.. hilang macam tu je.. tak sempat aku nak tanya nama dia siapa.. tak sempat aku nk tanya nombor telefon dia apa.. aku tak tahu semuanya... dia.. mana dia?
Itulah pertama kali aku kenal erti rindu.. rindu y dulu tak pernah ku tahu.. erm.. Ikmal kata aku ni da btol2 kemaruk dgn cinta.. tapi cinta aku.. bukan mcm org biasa.. cinta aku pada insan y aku sendiri tak tahu.. aku tak tahu siapa dia.. di mana dia.. jadi.. hampir setiap hari aku dan Ikmal habiskan masa kami merayau2 kat KLCC jika kami ada waktu free..
Hari bertukar bulan.. sudah hampir 3 bulan rindu aku menghuni hidup dan masa aku begitu sahaja.. Dan genap hari ke 3 bulan 5 hari.. rindu aku terubat akhirnya.. aku berjumpa dengan dia.. TO BE CONTINUE




ada jgk ke manusia dlm dunia ni yg x prnh jth cnta
ReplyDeleteermm.. mungkin ada.. tp macam mane pun.. setiap manusia di lahirkan beserta perasaan.. ;-)
ReplyDelete