Monday, June 22, 2009

Menanti yang tidak pasti

Ini adalah masalah pertama yang ingin dibincangkan di ♥kamar cinta♥.. Nama yang dipaparkan bukanlah nama sebenar.

Aku sudah bercinta dengan dia lebih 5 tahun. Dia cantik, lemah lembut dan baik. Aku mulanya hanya ingin berkawan sahaja.. tetapi akhirnnya entah mengapa aku mula serious dgn dia. Di awal percintaan semuanya indah.. itu adalah lumrah cinta. Apabila usia perhubungan kami meningkat dewasa, dia mula berubah wajah. Dia mula memasang dua.. tiga.. Aku cinta dia.. benar-benar cintakan dia.. tapi kenapa dia?

Pada mulanya, aku sangkakan dia sekadar ingin suka-suka. Aku biarkan sahaja.. dia berkawan dan keluar dgn lelaki y dia suka... terkadang timbul rasa marah dan cemburu juga.. kawan2 aku mengatakn ak lelaki dayus.. biarkan sahaja awek pijak kepala.. tapi.. aku sayangkan dia.. aku sayangkan hubungan aku dan dia...

Kami hampir mendirikan rumah tangga. Aku sudah sering menasihati dia.. mula-mula dia berjanji tidak akan lagi melakukan perkara seperti itu, tapi tak lama lepas itu.. muncul cerita baru. Smp bila aku dapat lagi menahan? Keluarga dua belah pihak sudah mengenali antara satu sama lain, jadi aku tak mahu mengakhiri hubungan aku dan dia.. tapi.. smp bila?

Kini.. aku masih lagi begini.. menanti.. menjalani hari.. hari y semakin hampir dengan hari pernikahan kami.. sedang dia masih lagi terus-terusan.. menduakan diri ini...

Buntu,
Tersepit dalam hati

1 comment:

  1. Hai 'tersepit dalam hati'.. terima kasih kerana sudi berkongsi masalah dengan kami.. Kami di sini akan sedia membantu..
    Erm.. masalah kamu ini hanya kerana kamu mempunyai pendirian, dan mementingkan tanggungjawab. Kamu inginkan hubungan berkekalan.. tapi kamu tidak pernah berusaha untuk menghalang sesuatu merosakkan hubungan itu. Kamu seorang lelaki, perlu tegas dlm membuat keputusan. Kamu juga tulang belakang hubungan, jadi kamu perlu mengambil tindakan y tegas dgn teman wanita kamu. Kamu sudah lama berlembut, jadi kamu tidak harus terus-terusan begitu. Kamu perlu berusaha menawan hati dia semula, menunjukkn bahawa kamulah insan y sepatutnya dia cintai dan setia pada cinta kamu berdua. Kamu perlu berusaha menjadi yg terbaik. Jangan terfikir untuk menamatkan hubungan kamu berdua.. kerana wanita pasti akan bersama dan memilih lelaki yang benar-benar menyintai dia. Jadi, jika kamu benar-benar cintai dia, takhluki hatinya semula. Sabar dan berusaha, pasti kamu berjaya.. kalau boleh, bawa lah berbincang 4 mata. Bincang dengan berhemah, dan bukan kekerasan.Lakukan semuanya demi cinta.. kerana Tuhan..
    Tapi.. ingatlah satu perkara.. kalau dia masih tidak dapat berlaku setia.. pikirlah demi masa keluarga yang bakal kamu bina bersama insan tercinta.. adakah dia layak untuk menjadi puterimu? dunia dan akhirat? mampukah dia? Solatlah untuk meminta bantuan daripada-NYA juga..fikir-fikirkan.. semoga kamu mendapat cinta yang diberkati oleh YANH MAHA ESA!

    ReplyDelete

TQ for sending us a comment. We will reply back as soon as possible! We always there.. ;-)

Best Regard,
Professor Love