Monday, June 29, 2009

cinta sejatiku..

Cinta..apa itu definisi sebuah cinta?adakah hanya percintaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan..cinta adalah satu rasa yang sukar untuk digambarkan..dengan cinta wujudnya rasa rindu dan sayang.cinta membuatkan hidup kita terasa bahagia..bahagia dengan kehadirannya..tetapi pernahkah kita bertanya adakah cinta aku padanya akan berkekalan??atau hanya sebuah cinta nafsu?cinta yang hanya kekal sementara.

Apa yang difahami dengan pengertian cinta sejati..saya tertarik dengan satu artikel yang saya baca baru-baru ini..pengertian cinta sejati..sebelum ini ada antara pembaca yang pernah bertanya adakah kami(prof love dan dr hati) percaya wujudnya cinta sejati.saya cakapkan yang saya percaya pada cinta sejati.melalui pertanyaan si pembaca ini dapat saya simpulkan mula-mula semasa membaca soalannya bahawa dia mungkin pernah dikecewakan dan telah kecewa dalam hidupnya.

mari kita sama-sama baca artikel ini..kerana banyak pengajaran yang saya perolehi darinya..cinta sejatiku..sama-sama kita fikirkn

LEBURKAN PERISAI HATIMU (2)

Waktu aku hampir putus harapan.. waktu aku hampir hilang peluang.. aku terjumpa dia kembali.. aku jumpa dia lagi.. Dia.. waktu tu, aku nampak dia. Walaupun kali ini dia nampak berbeza.. tapi aku sentiasa tahu itu dia.. kerna setiap saat mata aku terlihat bayangan wajah dia. Hari ini dia sporty sangat. Dia pakai baju warne pink lembut dengan seluar putih panjang. Dia tgh berjongging di taman perumahan aku! Wah.. tak sangka kan?? aku tak sangka.. selama ini dia rupanya tinggal setaman dgn aku.

Pagi tu pun Ikmal y ajak aku pg jogging. Aku ni mmg malas skit bab2 jogging ni.. tp sbb paksaan Ikmal dan hati aku ni pun senang je nk terima ajakan Ikmal tu.. so aku pun pegi la.. dan waktu aku nampak dia.. aku rasa nk peluk2 je Ikmal. terima kasih Ikmal..

tapi masalah aku waktu tu.. aku tak tahu mcm mane nk dekati dia.. mcm mana ye? aku betol2 tak de idea.. jadi aku dan Ikmal ikut je dia jogging dari belakang. Eh, lupe nk ckp.. kali ni dia bukan berseorangan.. dia dgn sorang lagi kawan dia.. tp tu semua aku tak nak ambik tahu.. y aku nk tahu.. hanya dia.. tentang dia.

Lama juga kami berjogging hari tu.. tak leh nk kira berapa round.. dia tu tak penat ke.. aku tgk dia maintain je.. erm.. aku ni da rasa nk semput da.. tp tenaga aku ni.. luar biasa pula hari tu.. dan akhirnya dia dan kawan dia berhenti.. duduk kat satu kerusi menghadap tasik. Ikmal suruh aku dekati diaorg.. tapi aku takut.. aku tolak2 Ikmal..

"Eh, kamu?" tiba-tiba ada suara menyapa kami.. rupanya dia.. dia ingat aku lagi.. kenal aku lagi.. sukar nk di percayai.. mcm mana dia boleh ingat rupa aku ni?????

Tersengih2 aku memandang ke arah dia.. Dia senyum sahaja.. wah.. hampir pengsan aku lihat senyuman dia tu.. nasib baik lah kaki aku ni masih kuat lagi dan mampu utk berdiri.. huuuu.. cantiknya dia.. wpn da jogging berapa round tadi.. dia masih maintain cantik lagi.. huuuuuuu.. aku rasa mmg da jatuh cinta kat dia ar.. rasa nk call je mummy n daddy aku kat australia tu utk g pinang dia hari ni juga.. adouish.............. tak penah aku tahu.. ada wanita secantik ni kat dunia..


TO BE CONTINUE

LEBURKAN PERISAI HATIMU (1)

Aku seorang lelaki.. dilahirkan di dunia ini.. kebahagian selalu menemani.. apa sahaja y aku mahu akan aku perolehi.. tapi cinta.. aku tidak mengerti.. mengapa setiap manusia mengejar2 suatu y bergelar cinta.. aku tidak pernah jatuh cinta.. aku tidak tahu apa itu cinta.. bagi aku, cinta itu bukanlah apa-apa.. sehinggalah aku bertemu dgn dia.............................................

Kisahnya bermula pada suatu hari.. waktu tu aku dan Ikmal, kwn karib aku sedang window shopping di KLCC. Sedang kami berjalan-jalan smbl bual2 tu.. kami terdengar suara seorang wanita menolak2 permintaan seseorang. Aku dan Ikmal tercari-cari.. dan kami nampak di hadapan sebuah salon kecantikan (tak perlulah aku nyatakan nama kedai tersebut) seorang lelaki sedang meminta-minta sesuatu pada seorang wanita y membelakangi kamu. Dari belakang aku tahu, wanita tersebut bertubuh tinggi langsing. Memakai baju kemeja lengan panjang putih dgn potongan moden dan seluar hitam straight cut. Rambutnya di lepaskan panjang begitu saja.. hitam berkilat.

"Pehal diaorg tu?" Ikmal y sememangnya kaki sibok tepi kain org bertanya.. Aku menjungkit bahu, mahu terus pergi dari situ, tapi kelihatan wanita itu beria-ia menolak dan berundur perlahan-lahan. Aku dan Ikmal melambatkan langkah kami kerana wanita tersebut semakin lama semakin hampir berundur mendekati kami. Baru kami tahu, lelaki itu sedang memujuk wanita itu untuk menjadi model. Lebih kurang begitu lah. Tiba-tiba.. tidak dapat lagi aku mengelak, wanita itu terlanggar tubuh aku. Wajahku berkerut. Kedengaran suara wanita itu mengadu kecil.. dan seraya itu dia menoleh ke arah ku.. Kali itu.. kali pertama.. aku dapat melihat pemandangan terindah dalam hidup aku..

"Maaf..maaf" itulah perkataan y bertubi-tubi disuarakan.. sedang aku hanya kaku merenung dia. Wajah dia.. itulah dia.. wanita y ku cinta pada pandang pertama. Aku masih lagi ingat wajah dia itu, haruman dia pakai waktu itu.. aku masih ingat semua itu! Tak akan aku lupa detik dan saat itu.. Wajah dia y kelihatan bersalah kerana melanggar aku.. wajah bimbang itu.. sentiasa menjadi hiasan mimpi2 aku.. tapi malangnya.. lepas kejadian itu.. dia terus berlalu.. hilang macam tu je.. tak sempat aku nak tanya nama dia siapa.. tak sempat aku nk tanya nombor telefon dia apa.. aku tak tahu semuanya... dia.. mana dia?

Itulah pertama kali aku kenal erti rindu.. rindu y dulu tak pernah ku tahu.. erm.. Ikmal kata aku ni da btol2 kemaruk dgn cinta.. tapi cinta aku.. bukan mcm org biasa.. cinta aku pada insan y aku sendiri tak tahu.. aku tak tahu siapa dia.. di mana dia.. jadi.. hampir setiap hari aku dan Ikmal habiskan masa kami merayau2 kat KLCC jika kami ada waktu free..

Hari bertukar bulan.. sudah hampir 3 bulan rindu aku menghuni hidup dan masa aku begitu sahaja.. Dan genap hari ke 3 bulan 5 hari.. rindu aku terubat akhirnya.. aku berjumpa dengan dia.. TO BE CONTINUE

Friday, June 26, 2009

Kisah Awak dan Saya

Awak..
Dulu setiap saat awak sms saya..
Tanya khabar saya..
Ucap selamat pagi untuk saya..
Saya pura-pura buat biasa..
Sedangkan dalam hati saya berbunga-bunga..

Awak..
Dulu setiap minit awak bimbang tentang saya..
Saya pergi mana?
Saya keluar dengan siapa?
Selamatkah saya?
Sihatkah saya?
Awak risau tentang semua perkara..
Saya tarik muka selamba..
Sedangkan ada kebahagiaan di dada..

Awak..
Dulu setiap jam awak nak jumpa saya..
Tak kira saya di mana..
Tak kira betapa banyaknya kerja..
Awak tetap nak jumpa saya..
Nak tengok muka saya..
Saya jual mahal saja..
Sedangkan hati saya mula terhidu haruman cinta..

Awak..
Dulu setiap hari awak telefon saya..
Kredit awak selalu habis untuk hubungi saya
Awak kata tidak kesah..
Demi nak dengar suara saya..
Awak tak pernah berkira..
Tapi saya diam saja..
Sedangkan hati saya telah menjerit 'aku cinta!'


TAPI awak......
Kini setiap hari saya cari awak..
Tapi awak hilang entah ke mana..
Sedangkan hati saya menangis setiap masa..

Awak..
Kini setiap jam saya cuba hubungi awak..
Tapi awak tidak pernah jawab panggilan saya..
Sedangkan kesedihan menguasai jiwa..

Awak..
Kini setiap minit saya terkenangkan awak..
Tapi awak tidak pernah lagi fikir tentang saya..
Sedangkan keperitan menusuk-nusuk hati saya..

Awak..
Kini setiap saat saya berdoa ke pada Allah..
Semoga roh awak di rahmati oleh -NYA..
Saya hanya mampu menghitung masa..
Masa untuk bersua..
Bertemu kita di alam 'sana'..

Colour and Symbol for Love

The Color of Love

For some folks the color of love is
Red ... fiery and hot,
For others the color is
Blue ... placid and calm,
For some it's
Yellow... caring but cautious,
For others it's
Orange ... rich and fruitful,
For some the color is
Lavender... gentle and kind,
For others it's
Purple... sacrificing and giving,
For some it's
Green ... with its go, go, go,
For others the color is
White ... pure and undefiled.
But for me the color is
Rainbow, ... Red and Blue,
Yellow and Orange,
Lavender and Purple,
Green and White.
The Rainbow painted by God
is a symbol of forever-love,
And as long as there is sunshine and rain
there will always be Rainbows,
And as long as there are Rainbows,
there will always be
forever-love for you.

– Dick Innes
© Copyright

Keep Updating 'A' Problem

Hai Pro Love...emm ssh sy nak cakap mcm...bagi menyelesaikan masalah ini saya hanya berterus terang...

Mcm lah ni Pro Love...saya beritahu perasaan saya secara detail ek...mula2 saya berkwan dengan dia sy terasa syok sebab dia jenis satu kepala dengan saya...saya suka bc msg dia berulang kali tanpa jemu....saya suka dengar sore dia...sy suka bila berjumpa dengan dia...setiap kali saya nk pergi bjumpa dengan dia hati saya msti bdebar2 tp bila dh jumpa dia debaran itu hilang...sy suka tengok air muka dia yang lembut...

Sori lah ek kalo saya brtanya perkara yg remeh temeh...bkn pe saya tak de pgalaman dalam perhubungan wlpon umo saya bkn muda lagi....huhuhu...


Balasan utk 'A'

Salam.. it's ok.. tak salah bertanya dan kita pun sekadar bkongsi kan.. apa pendapat sy tak semestinya semua terima dan setuju.. setiap individu ada pendapat mereka tersendiri.. dan mcm y saya katakan, sy manusia biasa..

A, sy dan Dr. Hati di sini akan sentiasa menanti berita gembira daripada kamu ye.. semoga berjaya.. jgn sia2kn perasaan y kamu ada..

Sekadar Berkongsi..
Professor Love

updating A problem..

Dr. Luv, xpe sy phm dengan ulasan u...antara suka dan cinta...tp btoi jugak kalo tak de suka cinta xkan datang kan...insyallah saya akan cuba selesai masalah saya ni.

Balasan saya:

Dear A.

i'm glad to hear that..jgn sekali-kali putus asa demi cinta..berusahalah deminya..jgn biarkan ia terus membelenggu..hope ada berita gembira yang akan kamu sampaikan

doktor hati

loveheaven0@blogspot.com

Please Stop! I'm Tired of Hunting


Aku berlari-lari..
Mengejar diri mu yang kini menjauhi..
Tiada ku jumpa jejak mu kini..
Aku hilang punca utk memburu lagi..
Peluh menitis di dahi tanpa henti..
Aku rindu kau kasih!
Berhentilah bersembunyi..
Kerna ku telah hilang kudrat utk berlari lagi..

Jawapan Buat 'A' dr Prof. Love V

Good to hear that.. erm.. ttg perasaan kamu tu? mungkin hati kamu tidak menipu tapi segala-galanya hany dia y tahu. Dan btul juga.. kamu hanya bermain dgn perasaan dan minda kamu. Kamu cipta sendiri segala tanggapan-tanggapan itu. Mungkin ia benar dan mungkin ia salah. Peratus kebenaran dan tidak sama saja 50..50.. kerana hanya dia y menyimpan jawapan 100% y sebenarnya.. jadi masalah kamu hanya akan selesai apa bila kamu berterus terang pada dia.. mungkin kamu mahu lagi menunggu dia utk memulakan dulu.. tp sampai bila kamu mahu begitu? menunggu tanpa jemu? menunggu tanpa kamu tahu? menunggu tanpa dia mengerti perasaan kamu itu?

Kalau kamu sering bertanya.. knp dia mcm tarik tali.. kamu tidak pernah terfikir ke y dia pun terfikir benda y sama? jika antara kamu berdua tiada y berani utk memulakan.. kamu dan dia hanya akan berada di tahap ini sahaja.. dan kamu tidak takut kah? kamu terlambat nanti? terlewat meluahkn isi hati?? kamu tidak takut ke itu terjadi? masa tidak pernah berhenti.. tak pernah memperlahankan diri utk menanti kamu menjadi berani meluahkan isi hati.. kamu y perlu mengejar masa itu.. utk tidak terlewat dan menyesali kelewatan kamu nnt..

Jadi A.. fikir la dalam2 ttg masa depan kamu.. cinta kamu.. Cinta sejati tidak akan mengetuk pintu hati kamu berulang kali.. dan mungkin ia datang hanya sekali dalam seumur hidup kamu ini..

Sekadar Berkongsi..
Professor Love

Keep Updating

Wasalam Pro Love....xpe..jnji awk sudi mmbc n mmblas...yeke dia nk tahu...slalu nye kalo dia ckp cam 2 saya "blom smpai seru nye ag"...sbb xterpikr pon bnda lain...tp bole pakai jugak ayat Pro Love itu...insyallah kalo dia msg sy, sy akn bls cam 2...

Pro Love, bole sy btnya lagi...napa hati saya selalu berkata2 yg dia pon sebenar nye suka kan saya juga dan apa perasaan yg saya alami sekarang sama dengan dia...bila saya pikir balik ni smua dugaan untuk saya...sebab kalo saya layan perasaan itu ia bole buatkn saya meletakkan harapan...

Jawapan Buat 'A' dr Prof. Love IV

Salam A.. erm.. tak pe.. sy tak kisah pun baca ulang kali.. saja nk memahami lagi situasi.. Maaf sbb lewat balas... erm..pada pendapat sy.. kenapa dia tanya kamu begitu, kerana dia ingin tahu, adakah kamu sudah berpunya atau belum. Dia mahu mengetahui tentang kamu, tapi dia sndiri takut atau malu. Boleh sy tahu apa y kamu jawab jika dia tanya begitu? kamu cubalah berseloroh.. dan ckp kat dia.. "awk da kawin ke? kalau awk belum kawin.. mcm mane sy nk kawin? nnt tak de pengantin lelaki nya" dengan nada bergurau la.. tengok reaksi dia.. atau cuba la bergurau.. "awkkn patutnya lebih tahu sama ada saya da kawin atau belum.. sbb awk y perlu dtg pinang sy" gurau2 la.. mungkin terlalu berat gurauan itu kalau hubungan kamu dgn dia tak begitu mesra.. sy cuma cadangkn sahaja..

By the way.. A.. jika dia benar2 cintakan kamu.. sejarah lepas dia akan biarkan berlalu. Tiada manusia y sempurna di dunia ini.. Tiada manusia y tidak pernah melakukan kesalahan. Mungkin nasihat sy.. simpan sahaja sejarah kamu itu jika itu adalah y terbaik. Jika kamu tidak tenang dgn masalah kamu.. mungkin kamu perlu berterus terang dgn dia. Jika dia cinta kn kamu.. dia akan terima kamu seadanya.. dan jika itu pun dia tidak dpt terima.. bukankah kamu tahu.. dia tidak dpt terima kamu seadanya.. jadi adakah kamu mahu lelaki begitu?

Tp sy yakin.. jika dia cintakan kamu.. dia tidak akan meninggalkn kamu hanya kesilapan masa lalu. Bgitu juga dia.. mungkin dia ada kesilapan y memalukan sehingga dia sendiri takut utk memulakan percintaan dgn kamu.. y penting.. kamu berusaha ya!

Sekadar Berkongsi..
Professor Love

LAgI sOaLaN uTk KaMi

Salam, Pro Love. sowi kalo email saya itu buat u baca brulang kali...bkn pe sy ni jnis xthu nk luahkn dalam keadaan teknikal sbb sy lagi suka dalam lisan...emmm

Scara jujur nye mmg saya de prasaan sayang kat dia...sy xberani nk tnjukn sebb saya sndri xpsti dan xykin...ni mungkin salah satu masalah saya...

Mngkin yg u ckp itu tentang dia berseloroh "benar2 ke dia nk serious bkwn dgn sy" itu ada kemungkinan dia menguji saya...baru saya perasan yg dia de beberapa kali cakap mcm 2 kat saya...bila saya bc pndapat

Pro Love dan saya pikir balik ada benar nya..saya pon nmpak dari cara dia yg dia sememangnye takut untuk bercinta lagi..saya juga terasa perasaan saya dengan dia adalah sama cuma prasaan takut, xyakin menguasai diri kami...saya cuba menafikan perasaan itu tp ia kuat mengatakan kan.....sbb itu juga msg2 bermain tarik tali... Pro Love, memang dia malu dengan saya psl kejadian yang menimpa diri dia itu...saya tahu pon dari kawan baik dia..kwn baik dia pon ckp sm dengan apa yg Pro Love utaran kan...tp untuk tahu secara mendalam perasaan dia 2 saya xpasti.....

Mungkin saya ego sebab xnk meluahkan perasaan saya...ada satu hari itu Pro Love dia sendri penah cakap dengan saya, yang saya ni suke memendam perasaan...bkn apa Pro Love, sy xykin dengan diri saya sndri...kyakinan saya hilang bila saya pikir yang saya ni xsmpurna n saya de kisah silam...kalo satu hari saya meluahkn perasaan saya pada dia...dan dia menerima saya, saya takut di kemudian hari saya mengecewakan dia sebab kisah silam saya...

Lagi satu Pro Love...kenapa dia suka tanya "sya dah berkawen ker" itu selalu ayat yg dia gunakan bila dia dh lama xmsg saya....Pro Love, mcm mana saya nak thu yg dia pon suka kan saya supaya saya yakin untuk berterus terang dengan dia...msti u pikir yang saya ni takut untuk menhadapi risiko...mmg benar pon saya takut...

Jawapan Buat 'A' dr Prof. Love III

salam.. saya tak nk ada y keliru ttg pendapat sy.. sy ingin smpikn bahawa cinta dan suka ada kaitannya.. ia berkait antara satu sama lain.. Dlm cinta pasti ada suka.. tp perasaan cinta lebih besar daripada suka.. seperti mana y saya nyatakn dlm email sblum ini.. cinta merangkumi semuanya.

Cinta suatu perasaan y sukar di gambarkn dgn hanya sekadar kata2.. tetapi kita mudah utk menyatakan bahawa kita suka.. semudah kita lafazkn kita suka.. semudah itu juga perasaan suka.. Cinta terlalu sukar utk dibicarakan.. terlalu sukar utk dilafaskan.. terlalu sukar utk dibayangkn.. apa2 pun.. semoga berjaya dlm cinta kamu ya..

Sekadar Berkongsi..
Professor Love

Thursday, June 25, 2009

doaku..

love you Pictures, Images and Photos
kau dan aku adalah satu
aku suka kamu
aku sayang kamu
aku cinta kamu
aku suka saat-saat aku bersama kamu..
jangan sekali-kali kau pergi dari hidupku
semoga kau dan aku akan menyatu
bersama sehingga keakhir hayatku........

cRy on My sHouLdEr

if you wanna cry

Cry on my shoulder

If you need someone who cares for you

Prof Love and Dr Hati are always here for you.........

BaLaSaN dR HaTi..unTuk A..

Salam A,

Minta maaf jika saya terlambat balas..banyak kerja-kerja ofis yang saya terpaksa siapkan.maaf sekali lagi..wah nampaknya banyak kata kata nasihat dr prof love yang telah kamu dapat..

saya bersetuju dengan pendapat-pendapat prof love tersebut.saya juga berpendapat sebegitu..jika seorang lelaki itu tidak menyukai seseorang perempuan itu dia tidak akan membazir masanya begitu lama bermain tarik tali.jika dia tidak menyukai kamu..mungkin telah lama kamu dia tinggalkan kerana penat dalam permainan tarik tali ini..kerana sampai sekarang juga dia tidak mengerti akan rase kamu terhadap dia..tetapi kenapa dia masih terus menunggu??cuba kamu fikirkan ini..

Benar..cinta dan suka adalah perkara berbeza..rasa suka biasanya akan hanya ada sementara..tidak kekal lama..seperti apabila kita menyukai seseorang artis itu...bukan kah kalu ada artis yang lebih baik atau cantik kita akan beralih arah??begitu lah perumpamaan yang saya ingin maksudkan..tetapi cinta biasanya adalah perkara yang sukar untuk ditukar ganti..peraasaan kita tidak berubah walaupun kita mnegetahui keburukan yang ada pada dia..perasaan cinta menyebabkan kita menerima setiap baik buruk seseorang itu..cinta juga menyebabkan kita sentiasa memikirkan dia dahulu dari segala hal..mungkin kita akan membuat apa sahaja agar hati dia dapat kita jaga..cuba kamu nilai..di sepanjang hubungan kamu sebelum ini...adakah dia sebegitu?

untuk membincangakn skop cinta mmg besar..cuma pendapat saya suke dan cinta berbeza apabila rasa itu hanya sementara..suka tidak akan berkekalan..ianya bersifat sementara..sementara cinta sentiasa kekal dan hidup..dan disebabkan cinta yang ada dalam hati..kita tidak akan pernah sekali-kali mengalah atau berputus asa..kita akan sentiasa berusaha menyelamatkannya hubungan kita apabila ada masalah yang melanda..

saya benar-benar berharap saya menjwb pertanyaan kamu..

doktor hati

Cinta adalah indah..sama ada mencintai atau dicintai..jadi berusahalah demi cinta..jangan sekali-kali berputus asa terhadapnya

Jawapan Buat 'A' dr Prof. Love II

Hai A.. main tarik tali? main tarik tali tu bermakna dia masih ada perasaan minat pada kamu.. kalau dia tak de perasaan minat tu, dia tak akan layan langsung kamu. Tentang suka dan cinta.. mmg suka dan cinta berbeza.. tapi tanpa suka.. tidak akan wujudnya cinta.. dan cinta pula berasal daripada perasaan suka.. ia saling berkaitan. Jika dia cinta tapi tidak suka pada anda.. itu tidak boleh juga.

Cinta berasal daripada perasaan suka. Jika dia sukakn kamu.. tidak mustahil satu hari nnti perasaan itu boleh membesar mjadi cinta.. terkadang seseorang itu tidak tahu dan tidak sedar bahawa dia sebenarnya telah jatuh cinta. Terkadang seseorang itu hanya rasakan y dia suka.. syg shaja.. tp seseorg itu tidak sedar bahawa dia sebenarnya telah jatuh cinta.. Suka mungkin lebih kecil skop nya.. manakala cinta merangkumi semuanya..

Suka mungkin hanya terhadap beberapa perkara contohnya..
Alice suka pada suara Bob.. tapi dia tidak suka pada perangai Bob yang suka mengarah. Dia hanya sukakan suara Bob sahaja.. itu dinamakan suka..

Tapi erti cinta lebih besar lagi. Apabila cinta.. seseorg itu akan suka semua perkara.. dia akan terima segala baik buruk insan y dia cinta.. daripada suara.. perangai.. dan sebagainya.. dia suka. itulah cinta.. cinta dan suka saling berkait kn?

Itu pendapat sy sahaja.. terpulang pada y menilai..

p/s: Dr. Hati.. apa pendapat kamu pula?

Sekadar Berkongsi..
Professor Love

Soalan daripada A

Wasalam Dr Luv...
Terima kasih kerna sudi mmberi pndpat ttg mslh sy ni...
Dr. Luv...mcm nk kite nk knl atau nk thu seseorg 2 minat pd kite kalo dia jnis yg bermain tarik tali????....
Atau dia semmang nye x ske kte....suka n cinta lain kan Dr Luv????

Way to forget about someone

Saya pernah di beri nasihat ini.. tapi dari siapa ya? dari Dr. Hati ke? hehehehehe.. by the way.. cuba ikut langkah ini.. mungkin berkesan utk anda.. btol tak Dr. Hati??

Way to forget about someone

Here sy senaraikan beberapa comment dari beberapa forum ttg perkara ini. Harap dpt membantu :

1)Forgive sound good, forget, I'm not sure you could.But you know what they say, time heals everything.I guess you're just still waiting.

2)There are some ways to get over them, but they don't always work for everyone. Emotional Freedom Technique, Exposure Therapy, Eye Movement Desensitization I will provide some links for you. here here another one and here

3)Resolve to say "that was then this is now. Don't let anything in the past get in the way of now. There's an old, old saying that goes "There's nothing to fear but fear itself". If we choose to live in our pain of the past it will become our way of life. Choose happiness

4)Forgive them? YES. But, you don't forget. The forgiveness is really more for your on benefit. When you don't forgive it can turn into resentment which can affect you in a very negative way. You are human.... you can't just forget it. They need to be held responsible for their actions and since this is a friendship and no perm. ties to each other I would rec. saying goodbye. There are a lot of true honest friends out there and you don't need to settle.

Erm..Sebenarnya byk lagi y sy nk senaraikan..tp then, tgh2 mcari apa y ingin di share kat sini..tiba2 tjumpa 2 perkata y sy rasa..erm..buat sy terkedu snd. Erm..apa2 pun. cadangan sy untuk kamu lupakan dia.. erm..tp before ikut kaedah sy, kamu perlu menyoal diri kamu dulu..adakah kamu benar2 sudah bersedia utk melupakan dia? sudah bersedia utk hilangkan dia dari kehidupan kamu? itu pertanyaan y paling utama perlu kamu tahu. Jika kamu dah benar2 yakin..kamu boleh ikut cara sy ini. Sbb sy pernah..lakukan ia..erm..dan berhasil!

first..jgn contact dia..wpn bgmana cara pun..apa tjadi skali pun..delete smua ttg dia. Buang apa2 saja y ada kaitan utk kamu bhubung dgn dia. Jgn pernah berpaling utk mencari ssuatu y boleh mmbuka smula ruang utk kamu berhubung dgn dia!

kedua..jgn sebut nama dia!for sure org y kamu nk lupakan ini akan sntiasa di sebut2 oleh org sekeliling kamu. Yelah, kamu sukar utk lupakan dia, jadi mungkin dia insan y bermakna dlm hidup kamu, dan tentu org di sekeliling kamu pun tahu ttg perkara itu, jadi mereka juga tentu kenal dgn org y kamu mahu lupakan. So tak mustahil akan wujud pbincangan atau apa saja ttg org y kamu ingin lupakan itu. Jadi, once kamu dgr saja ttg dia..run! pekakkan telinga. Ignore! Jgn pernah kisah ttg apa org lain nak kata ttg kamu dan dia. Sbb hanya kamu saja y merasa peritnya. So..kuatkan semangat!

third..Kalau dah tak sebut dan tak dgr lagi ttg dia..so sama juga..jgn gatal2 tangan utk buka gambar, catatan atau apa saja y ada terpampang ttg dia..gmbr dia..atau apa2 je ttg dia. Closed semua tu utk sementara sehingga kamu dpt terima..dia benar2 dah hilang dari hidup kamu.

fourth..kalau tiba2 rasa sayu..tkenangkan dia. Cepat2 fikir ttg keburukan dia. Tentang apa saja y dia buat kamu sakit hati. Ulang banyak kali..kalau lagi bagus..smp kamu menangis igt dia sakitkan hati kamu..so..kalau sy time tu..dah ttido..sbb sedih sgt bila fikir mcm tu..jadi bfore tido hanya igt ttg keburukan dia..so..tak de masa utk fikir kebaikan dia sbb dah ttido.hehe..

fifth..kalau dia cari kamu ke..aper ke..cekalkn hati utk tukar smua y boleh wat dia ganggu hidup kamu. Tukar no tel..email..semua la..itupun kalau dia ganggu kamu la. Tp kalau syg nak tukar..asal dpt je sesuatu dari dia..delete terus. Jgn pernah baca! kalau call, jgn silence..atau apa2..jgn biarkan call tu ke aper ke..reject terus. Time kamu tekan butang reject tu kamu akan dpt rasakan satu perasaan..erm..perasaan tu sukar nk diterangkan. Tp kalau nk tahu, kamu cuba la! daripada kamu biarkan je dia call tanpa berangkat..kamu akan nampak tel kamu blink2 nama dia..atau tel kamu berbunyi..tu akan buat kamu tkenangkan dia. So..REJECT! cara y paling baik!

wat else?
sixth..burn something! yes! bakar pemberian dia. apa2 y pernah dia bg..atau apa2 y kamu ada ttg dia..atau kamu cuba print gambar kamu dgn dia. then kamu bakar! time bakar tu kamu jgn bakar semua terus..tp kamu tgk mcm maner api tu marak dan mjalar..membakar muka dia..dan memisahkan kamu dgn dia. Try la. it's good. Then..kalau syg nk buat mcm tu..try tulis nama dia..then bakar..perasaan tu..kamu akan tahu..kamu akan tahu..saat itu..kamu perlukan dia..atau tidak..huhu

seventh.. Perkara umum y sll org sarankn..jgn bersendiri. Buat kamu sunyi tkenangkan dia. Kalau mmg dah sll masa kamu snd..sms la kawan lain..try buka satu topic y menarik. so kamu tak akan ada masa utk igt dia.

Akhir skali..kalau cara2 ni tak berkesan..contact sy. Sy ada cara y lebih bagus! hehehe. And..ada saper2 nak share ke cara mcm maner boleh lupakan someone? Dr. Hati.. nk tambah lagi? hehe..aper2 pun..Good Luck!

Sekadar Berkongsi..
Professor Love

Wednesday, June 24, 2009

Jwpn Dr Hati

Salam A,

Dari surat yang kamu hantar kepada prof love dpt dilihat disini kamu lebih senang bertanyakan tentang perasaan si dia dengan member dia..sama ada seperti sebelum ini ttg rase cinta dia atau sebab dia menjauhkan diri sekarang.tetapi adakah kamu benar2 yakin dengan setiap jawapan yang diberikan???.adakah benar itu perasaan dia atau hanya kesimpulan luaran yang diihat oleh member dia??


Berada dlm ketidakpastian juga adalah sesuatu perkara yang amat menyeksakan.adakah kamu ingin terus terusan mempunyai rase KENAPA yang smp kehujung tidak kamu ketahui hujung pangkal sebabnya.


Jadi saya berpendapat adalah lebih baik untuk kamu berjumpa dengan dia untuk memahami perasaan dia yang sebenarnya kepada kamu.Buanglah jauh-jauh perasaan ego kamu.


Adalah tidak salah untuk kita berusaha dalam mengejar kebahagian kita.adakah kamu ingin terus-terusan juga diburu perasaan rindu dan tidak pasti.Soalan disini adalah sampai bila?????Jadi untuk memahami tentang perasaan si dia berjumpa la dengan dia.Luahkan apa yang kamu rase.Luahkan rasa rindu kamu pada dia..mudah-mudaha dia juga berperasaan sebegitu.

Dalam hidup ini kita akan sentiasa perlu mengambil risiko dalam ape jua yang kita lakukan.jadi janganlah takut mengambil risiko ini.mudah-mudahan adalah berbaloi apa yang kamu dapat dengan risiko yang kamu ambil!!tetapi jika keputusan yang kamu dapat mengecewakan
kamu..jangan la berputus asa.sedar la ada hikmah disebaliknya..sekurang-kurangnya kamu tidak terus diburu rasa tidak pasti dan kenapa..serta terus-terusan bermain tarik tali.dan yang
paling penting SOALAN paling ingin kamu ketahui tentang keikhlasan dia mendapat JAWAPAN.....


Maaf jika ada apa yang saya katakan salah.saya hanya cuma memberikan pendapat saya terhadap permasalahan kamu dan cuba sedaya upaya membantu
kamu.semoga kamu dapat keluar dari belenggu permasalahan ini.


Doktor_hati



Cinta adalah indah..sama ada mencintai atau dicintai..jadi berusahalah demi cinta..jangan sekali-kali berputus asa terhadapnya

Jawapan Buat 'A' dr Prof. Love

Salam.. Hai. Terima kasih sudi berkongsi masalah kamu bersama kami.. Sy baca dua tiga kami email kamu ini, untuk mendalami masalah yang sedang kamu alami.. dan segala masalahnya boleh di selesaikn dengan satu perkara.. Buangkn jauh2 ego itu.. segala masalah akan berlalu.. Itu pendapat sy secara kasar.

A.. sy ingin menyoal kamu.. mengapa kamu menyatakan ‘antara saya dh mula syg kat dia, itu sy xpasti’ ? kamu tidak pasti sama ada kamu syg dia?? Sy rasa kamu tidak perlu menyatakn bahawa kamu tidak pasti kerana sy yakin kamu syg kn dia. Kamu cuma takut utk menyatakan bahawa kamu sygkn dia kerana kamu tidak pasti dia sygkn kamu juga atau tidak rite? Kamu boleh menipu sesiapa utk menyatakan kamu tidak sygkn dia.. tp jgn sesekali menipu diri dan perasaan kamu.Tentang kecurigaan kamu ‘benar2 ke dia nk serious bkwn dgn sy’? itu.. sebenarnya hanya dia y tahu. Cuma waktu tak mengizinkan dia utk berbuat begitu. Jika kamu sygkan dia, benar-benar sygkan dia, cuba fahami perasaan dia. Dia telah di kecewakan oleh insan y dia cinta. Impactnya terlalu kuat utk dia. Jika dia pencinta yang setia, pencinta y benar-benar menjaga cinta, mungkin dia memerlukan masa yang lama utk pulih daripada apa y pernah dia alami nya. Cuba fahami dia. Dia sememangnya teramat takut utk bercinta lagi. Takut hatinya di sakiti lagi. Takut di kecewakan lagi..

A, sy bukan nk menyedapkan hati kamu, tp.. apabila dia bertanya "napa saya xbkwn dengan mana2 bdk laki" sy rasa, dia ingin mengetahui daripada kamu. Ingin juga menguji kamu. Ingin tahu, mengapa kamu hanya berkawan dgn dia, sedang tidak dgn lelaki lain. Sy rasa jika sy jadi dia, sy sedikit kecewa apabila kamu jawab kamu belum berjumpa dgn org y boleh buat kamu jatuh cinta.. jadi seolah2 kamu katakan, kamu tidak cintakn dia.. mungkin dia mahu mendengar jawapan y lebih baik daripada kamu, seperti.. ‘sy senang berkawan dgn awk shaja, jadi sbb itu sy tak mahu kwn dgn org lain’.. mungkin jawapan kamu itu akan meningkatkn keyakinan dia bahawa kamu sukakn dia. Tpi jawapan kamu membuatkan dia tidak yakin, dan dia mungkin bimbang dia bertepuk sebelah tgn shaja. Dia bertindak berhati-hati sekarang ini kerana dia tidak mahu kecewa lagi. Jd jgn salahkn dia jika dia menyepi atau tidak pernah menunjukkn bahawa dia sukakan kamu.. kerana dia terlalu takut utk mengulangi.. takut utk menghadapi.. takut berdepan dengan saat2 hatinya dikecewakan lagi..

Dan A.. mungkin juga dia malu.. malu atas apa yang terjadi.. peristiwa dia dianiaya sehingga masuk lokap.. mungkin dia rasakan dia tidak layak untuk kamu.. dia segan dengan kamu.. itulah sebabnya dia berubah apabila perkara itu terjadi.. Tapi apa-apa pun hanya dia sahaja y mengetahui mengapa dia berubah laku.Alisa.. sudah terang lagi bersuluh.. dia sendiri menyatakan bahawa jika ada perempuan yang minat kat dia.. dia nk pmpuan itu approach dia dlu.. dia bukan serik utk bercinta lagi.. tp dia takut.. dia masih belum yakin. Kamu perlu yakin kn dia jika kamu sygkn dia. Ego.. Ego.. ego tidak akan bawa kamu ke mana-mana.. tp cinta akan membawa kamu ke arah bahagia. Jadi, adakah kamu mahu kalah pada ego kamu snd? Mahu kalah pada ego itu sehingga kamu kehilangan perkara yang terlalu bererti?

A.. bukan mudah utk kamu terima lelaki kan? Bukan mudah utk kamu jatuh cinta.. jadi.. kenapa apabila perasaan itu ada.. kamu mahu menyimpannya sahaja?? Kenapa kamu mahu menyembunyikan rasa? Sepatutnya kamu gembira.. kerana kamu punya rasa cinta. Jadi.. kan bagus kamu khabarkan pada dia. Mungkin ini pertama kali kamu rasa begini.. jadi apa salahnya kamu lakukan pertama kali.. luputkan ego kamu sementara waktu.. dan luahkan segalanya.. Tak salah kalau kamu memulakan dahulu.. dlm perhubungan, tak semestinya lelaki y perlu mulakan dulu..

A.. jika kamu tidak mahu begitu.. cubalah cari org tengah atau org ketiga.. tetapi.. mungkin perkara ini sukar juga.. sbb kamu perlu cari org y benar2 kamu percaya. Di sini sy boleh berikan kamu contoh masalah y pernah sy selesaikan.. apa kata kamu gunakan cara seloroh atau bergurau dgn dia? Dulu pernah ada seorg gadis ni.. dia tak pernah pun rasa btul2 suka kat lelaki. Masalahnya.. lelaki itu pensyarah dia. Dan lagi, dia ini seorang y ego, tak penah suka meluahkan apa y dia rasa. Tapi, kerana dia berfikir, tak guna di simpan perasaan itu.. jadi dia ambil keputusan utk luahkan juga. Wpn risikonya besar.. Bg pendapat sy, apa y terjadi kemudian itu adalah terletak pada lelaki itu. Si gadis da meluahkan.. jika lelaki itu suka.. dia akan terima dan ambil langkah seterusnya juga.. tapi jika tidak.. sekurang2nya gadis itu tahu.. dan tidak perlu lagi menunggu.. Mungkin dia boleh menjadi kawan rapat atau selain itu.. skurang2nya.. dia tidak lagi terbelenggu dlm perasaan itu.

Apa y si gadis itu lakukan.. dia takut sesuatu berlaku lepas dia meluahkan rasa itu.. jadi dia tahu, jika dia meluahkan seorang diri, atau ckp seorg diri pada lelaki tu.. mungkin perkara itu Nampak terlalu serious.. Jadi dia jumpa lelaki tu (pensyarah dia).. bersama seorg kawan.. Mungkin dlm kes kamu, sy tak pasti sama ada kamu boleh berjumpa dgn dia atau tidak kerana menurut kamu dia skrg sudah smbg belajar. Kamu pula tak beritahu di mana.. jadi kemungkinan kamu sukar utk jumpa dia rite? So, mungkin kaedah ini kamu tidak dpt lakukan.. tp tidak mengapa.. mungkin kamu boleh ubah sedikit kaedah ini.

Apabila berjumpa, gadis tu menyatakan.. dia ada lakukan kesilapan.. ada buat salah.. ada buat benda y tak patut.. jadi lelaki tu pelik la.. dan nak tahu apa kesalahan y si gadis da buat.. lalu si gadis jwb.. kesalahan dia.. kesilapan dia.. dan benda y tak patut dia buat.. adalah dia sukakan pensyarahnya tu.. erm.. mungkin kamu boleh cuba berseloroh atau berjenaka dgn dia. Kamu katakan la.. kamu ada benda y tak ptt buat.. cthnya.. kamu da betray persahabatan kamu berdua.. mungkin dia pun curiga.. dan ingin tahu knp.. then.. kamu katakan la.. kamu telah melanggar peraturan dalam persahabatan di mana kamu telah jatuh kasih pada dia.. atau menyukai dia lebih dari seorg sahabat.. jadi kamu bersalah la.. dan apakah hukumannya? Kamu boleh lagi ke bersahabat dgn dia? Atau kamu berdua akan menjadi lebih dari kawan? Hahaha.. mungkin kamu boleh la buat unsur2 jenaka sedikit.. tidak menampakkan yang kamu terlalu serious. Cuba lakukan dlm bersahaja.. jgn Nampak terlalu mendesak dan terlalu inginkan komitmen si dia.. lihat apa reaksi dia.. mungkin di situ kamu akan Nampak jawapan y kamu cari selama ini..

A.. sy rasa.. mungkin setakat ini dulu.. kamu boleh menghubungi sy lagi sekiranya kamu perlukan bantuan lagi.. Kami sentiasa ada.. Y sempurna itu datang daripada YANG MAHA ESA.. sy hanya insan biasa..

Sekadar Berkongsi..
Professor Love

Ego tp ingin tahu perasaan dia

emm, sy de mslh yg perlu sy kongsi dgn pro. & Dr Love..mudhan Pro Love leh kasi pndapat n nshat ttg mslah sy ni...

Mcm ni, thn lepas sy diperkenalkan dengan seorg lelaki oleh kwn sy...smua ni gara2 sebb sy xde pasangan n kwn sy seboleh2 nk tgok saya bcinta..disebb kan sy mls nk bckp byk sy trima untuk bkwn ngan lelaki 2...awal perkenalan sy ngan dia sy tidak terpikir pon nak pergi jauh sbb sy de kisah silam yg buat sy takut nak bkwn ngan lelaki...macam bese lah kan mase mula2 bkwn 2, sms n bjumpa boleh d kate kn slalu lah...sy akan bjumpa ngan dia time sy free...n slpas berbulan sy knl dia, sy trasa something kan dri sy...sbb dia bnar2 buat sy tenng, slesa n enjoy setiap kali kami bjumpa...dengan dia sy boleh bctr ape saje...tp kiteorg xdclare sbagai kapel...

Masa mula2 bkwn dlu dia de ctr psl latarblkag kluarga dia n tentang dri dia...kalo pro love nk tahu ms dia bkwn ngan saya itu dia baru berberapa bulan putus ngan girlfriend dia...2 buat sy curiga dengan diri dia...bkn pe dia pnh cakap dengan saya, kalo perhubungan kite ni boleh g jauh kite g lah n kalo x just bkwn jer...sy terima pe dia ckp 2...

Tp pe yg pasti sy mula menyukai diri dia dalam diam...antara saya dh mula syg kat dia, itu sy xpasti sbb saya msh xykin dengan diri dia...benar2 ke dia nk serius bkwn dengan saya???? atau tidak...dlu dia slalu wish night kat saya tnpa kira waktu..dan saya blas balik time pagi ms sy nk g keje sy sms dia....

dia pnh ckp dengan saya, "napa saya xbkwn dengan mana2 bdk laki" " dia juga kate sy ni memilih"...tp smua 2 xbtoi..sy bkn memilih..sy dh terang kat dia yg saya blom jumpa org yg boleh buat saya jth cinta... tp kegembiraan saya ngan dia xlm...sjk kes dia kne aniaya smpai msok lokap, dia trus brubh...dh jrg msg sy...dia seolah2 mnjauhkan diri dia dari sy tnpa saya tahu sebab ape????....dan awl thn ni dia smbg blajar lagi saya nmpak ketara sikap dia yang menjauhkn dari 2...selama bbrapa bulan saya menangung prasaan rindu dan perkataan "KENAPA" dia barubah...

Ada satu masa 2..sy msg dengan member baik dia...sy tnya knape dia mcm manjauhkan dri dari saya, mmber dia brth yg dia itu xnk komintmen dan susah nk jatuh cinta...pro love, saya pnh jugak tnya kawan baik dia ttg prasaan dia kat sy....kwn dia ckp yg dia ske n sonok bila bsama dengan saya dan saya pandai buat dia epy...

Pro love, dia dlu pnh ckp dengan saya, kalo de seorg pmpuan yg minat kat dia, dia nk pmpuan itu approach dia dlu...dia mcm seolah2 dh serik nk bcinta lagi...sbb dlu dia dengan saya pmpuan itu tnggal kan diri dia sbb lelaki len..dia frust sbb dh mcm dia bkorban untuk pmpuan 2 dan akhirnye pmpuan 2 ckp yg dia xde hati langsung kat kwn laki sy ni....

sejak dia mendiamkn diri 2...bnar2 buat saya dalam keadaan tertekan..prasaan rindu sy kat dia makin kuat...slpas dia diam selama 2 bln itu saya de msg dia tnya kabor tp dia xblas...n 2 blan lagi lpas saya msg dia itu baru dia blas...tp hati dan prasaan saya terasa lain dengan msg dia 2...sjk dari 2 saya mengalah dan saya ikot cara dan rentak dia 2....

kdg-kdgkn saya trasa mcm dia main tarik tali dengan saya..mcm dia xykin dengan diri dia.... sy pnh tnya kwn2 sy, dorg smua nya suruh saya luahkn prasaan saya kat dia...tp mslh nya bkn sy ego xnk mngalah cuma saya nk thu keikhlasan dia thdp saya...

tRuE luV nEvEr dIes

true love never dies Pictures, Images and Photos


If love becomes painful,
It's time to let go,
And save yourself but just keep in mind...
IF LOVE IS TRUE Pain is never a reason to let go


true love never dies Pictures, Images and Photos

Untuk Dynaz

Masalah ini di dapati daripada satu forum.. forum tentang cinta.. buat dynaz.. maaf skiranya kami berkongsi di sini.. erm.. cinta.. masalah seperti kamu ini memang rumit, kerana ini melibatkan hati. Hati kamu berkeras dan degil untuk melepaskan dia yang kamu cintai itu pergi. Mungkin banyak faktor yang menyebabkan kamu tidak mahu dia pergi.. dan antara satunya kerana kamu cintakan dia.. terlalu.. rite?

Dynaz.. jika keluarga kamu telah mengetahui hubungan kamu berdua. Sekiranya paernts kamu telah mengenali si dia.. bukankah itu lebih mudah untuk kamu? Pendapat sy yang pertama, bincang dengan parents kamu. Tanya pendapat mereka. Ibu bapa adalah tempat rujukan terbaik untuk kita. Dia lebih bijak menilai. Jadi tanya mereka.. apa pendapat mereka.. pasti mereka akan berikan pendapat yang paling sempurna.. tapi.. sekiranya kamu segan untuk berbincang dengan parents kamu.. jalan terbaik.. kamu tanya diri kamu.. Adakah kamu benar-benar cintakan dia? Adakah dia adalah lelaki yang terbaik untuk menjadi pembimbing kamu? Menjadi suami kamu? Adakah dia mampu untuk menjaga perhubungan dengan kamu, sehingga akhir hayat kamu? Adakah kamu yakin dengan semua jawapan kamu? atau kamu skrg ini hanya di kaburi cinta? hanya di lindungi cinta????????

Dynaz.. Adakah kamu rasa dia seorang lelaki yang bertanggungjawab? Sifat bertanggungjawab amat diperlukan untuk menerajui sebuah hubungan.. apatah lagi apabila mengetuai keluarga.. jadi adakah si dia begitu? kamu rasa.. adakah dia cukup bertanggungjawab sehingga membiarkan kamu seperti di gantung tidak bertali? diluah mati emak.. ditelan mati ayah? membiarkan kamu termanggu sendiri? berfikir itu dan ini.. tanpa jawapan yang hakiki.. adakah itu y kamu cari?????

Dynaz.. jika kamu rasa dia punya masalah.. berikan dia waktu.. tapi mungkin kamu akan bertanya.. sampai bila??? YA! itulah y kamu perlu persoalankan kepada dia. Jalan yang terbaik.. berbincang dgn dia. Kamu luahkan apa yang kamu rasa! Jangan pendam sahaja! Tidak ada salahnya.. tidak ada apa yang mahu di malukan.. Luahkan saja apa yang kamu rasa.. Jika kamu cinta.. katakan cinta.. jika kamu bimbang.. katakan bimbang.. Jika kamu rindu.. ucap sahaja.. Bukankah kamu hidup sekali sahaja di bumi ini.. jadi.. apa yang kamu nak takutkan lagi? setiap perasaan itu adalah anugerah Illahi. Gunakan ia.. jangan disembunyi. Jangan pernah takut dengan risiko y kamu tidak pasti. Lafaskan segalanya, biar dia mengerti.

Dynaz.. berbincang adalah jalan terbaik. Jika dia tidak mahu berjumpa.. kamu boleh guna pelbagai altenatif lain. Sms dia, email dia.. luahkan segala yang kamu rasa.. jangan hanya menanti kepulangan dia..

Dynaz.. maaf sekiranya saya salah.. Nama panggilan yang kamu berdua cipta dengan kerelaan hati kamu berdua.. tiba2 dia menukarkan nya.. adakah kamu rasa dia masih lagi mempunyai rasa? Atau cinta kian hilang di dada si dia? Setelah panggilan itu kamu berdua gunakan selama ini.. dan dia tiba2 menukarnya.. adakah dia masih lagi mahu kamu menanti? atau dia tidak mahu kamu menunggu lagi? Adakah kamu mahu itu semua terjadi? Membiarkan dan menunggu saja dia kembali? Atau kamu mahu menyelamatkan hubungan kamu ini? lalu.. segeralah berbincang secara baik dgn dia..

Erm.. Dynaz.. maaf sekiranya pendapat sy ada salahnya.. Sy sekadar berkongsi pendapat sahaja.. segala yang baik dan sempurna datangnya dari YANG MAHA ESA.. di sini sy ingin memberi pendapat.. berkongsi rasa.. kita sebagai wanita.. sememangnya mahu di cintai oleh insan yang kita cintai.. ingin di sayangi dan di kasihi sebagaimana cinta yang terbuku di hati kita ini.. tapi.. kita wanita.. lebih baik menanti.. menanti cinta sejati.. cinta dunia yang akan kekal juga di akhirat nanti.. Kita wanita.. tidak perlu mengejar lelaki.. jangan memburu lelaki.. kerna.. jika kita kepenatan nanti.. jika kita kehabisan tenaga untuk berlari.. untuk mengejar lagi.. adakah mereka akan berhenti? berdiri dan memimpin kita supaya bisa bertatih lagi? atau mereka akan pergi? mencari si idaman hati? Jadi biar mereka yang memburu kita.. mengejar kita.. biar mereka yang berusaha memakluki hati kita.. kerna.. jika mereka berjaya.. mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan kita.. itulah cinta yang patut kita terima.. kita wanita.. insan istimewa.. perlu mendapat cinta sejati.. hingga ke syurga

Sekadar berkongsi..
Professor Love

Terus bersabar atau setia menunggu???

Salam Prof dan Dr hati,

hurmm..saya ada masalah yang saya ingin kongsikan disini bersama dengan Prof dan Dr Hati.Harap Prof dan Dr Hati dapat bagi nasihat atau apa-apa cadangan.

Ceritanya macam ni.saya sudah ada bf dan perkenalan kami bermula di awal tahun ini..tapi suddenly dia berubah..last saya bercakap dengan dia pd pertengahan bulan 5..sampai sekarang saya xmsj dan call dia.dan dia pn macam tu juga.time last saya bercakap dengan dia..dia kate yang dia perlukan space dan time..so it's ok...saya xkisah...n dia pn ade ckp xsemua mslah die blh berkongsi dgn saya...xpe, saya fhm...n then die suro saya sbr...dia ada gak ckp,dia ada prob kat tmpt keje + financial probs...it's ok...stiap org ada mslh msing2...saya sbr tggu dia kat sini wpn saya xtau keadaan dia kat sana mcmne...FYI dr hati and prof...our parents dah tau tntg relationship kitaorg but xtau probs kitaorg...dia pn dah jmpe parents saya n saya pn mcmtu...dia plan nk kawin aftr saya hbs stdy...means next year...but tu semua saya rs mcm tggal kenangan...saya xtau ape probs dia yg sbnrnye...knp die sepikan diri dia dr saya????
but dulu dia ada cite pd saya pasal kisah silam dia..sy terime baik buruk diq...saya tlalu sygkn dia..for me stiap org ada kisah silam msing2...manusia mana yg xbuat silap...n dia pn ada ckp dia tkt kisah silam dia mhantui diri dia...dia pn pnah ckp saya xsesuai dgn dia sbb tlalu baik buat dia n tlalu sempurna n dia pk diri dia jht...but i dun think so..coz i'm not a perfect women...mcm kapel2 yg lain, of cos korg ada pggln mnje tsndiri kn? mcm saya n dia jugak...ada pnggilan khusus, tp br2 ni saya dpt msj dr dia..tkilan rs hati coz panggilan tu dh b'ubah kpd saya n awak...saya tnye knp hubgn kita jd mcmni n apa salah saya...but no reply...adakah saya msih di hatinya? patutkah saya terus bsabar, terus setia menunggu @ lepaskan dia? saya xsanggup utk melepaskan dia pergi..he's very very special to me...die xpnah kluarkan kate utk memutuskn hubungn kami...tp cara dia lyn saya mcm dia nk saya sendiri yg fhm........

Prof and dr,
saya xblh lupakan dia...wlpn dh hmpr 2 bln kami xbhubung,saya mkin rindukn dia...xde lngsung perasaan benci pd dia...saya setia menunggu dia...tp smpai bile bnde ni akn blarutan? saya msh bsabar smpai skrg...coz really luv him...hmpir 2 thn saya ttp pntu hati saya pd mn2 lelaki but awl thn 2009 dia bjaya mbuka pntu hati yg dah lm t'ttp...tp br shj nk kecapi bhagia, mslh timbul
apakah yang harus saya lakukan??

gadis dipersimpangan

Tuesday, June 23, 2009

9Tanda Si Dia Jatuh Cinta Pada Anda

1. Dia akan selalu menghubungi anda.. (sms dan call).. Bangun pagi, dia akan sms anda.. sbb andalah org pertama yang bermain di pikirkan nya apabila dia sudah jatuh cinta.. Inbox anda kini penuh dgn pesanan ringkas daripada dia..

2. Dia ingin mengetahui semuanya tentang anda.. Setiap saat dia nk tahu apa yang anda buat, siapa kawan anda, apa kegemaran anda, tentang keluarga anda.. semuanya akan dia tanya.. Baginya.. terlalu banyak soalan ingin di utarakan apabila sudah jatuh cinta..

3. Dia kini seperti pemberita. Setiap saat apa yang dia lakukan.. dia ingin memberitahu anda. Ingin memaklumkan apa yang dia buat, apa yang terjadi pada dia, kepada anda.. Dia ingin berkongsi kegembiraaan, dan kesedihan dgn anda. Jgn terkejut jika anda adalah org pertama dia hubungi apabila mendapat berita gembira dan sebagainya walaupun tengah malam atau pagi buta..

4. Masanya hanya untuk anda. Cakap saja bila, di mana.. dia pasti ada untuk anda. Jika anda perlukan dia.. dia sanggup tinggalkan kerjanya dan terus bergegas menemui anda..

5. Anda mula di hujani bunga, coklat, hadiah, kad, dan sebagainya. Walaupun bukan hari jadi anda.. walaupun bukan ulang tahun perkenalan anda.. anda tetap akan menerima sesuatu daripadanya. Ini bermakna.. ke mana saja yang dia pergi.. dia akan teringatkan anda.. Nampak saya barang2 y cantik dan menarik.. dia akan terpikir anda.. ingin melihat senyuman di bibir anda.. Hei.. dia da benar-benar jatuh cinta!


6. Rambut dia sentiasa basah ketika bertemu anda.. Dia sentiasa berpakaian kemas utk menemui anda.. Dia mahu memberi image y terbaik di hadapan anda.. Mungkin juga ada y sakit hidung kerana perfume y terlalu kuat di pakai oleh dia. Jgn salahkan dia.. dia sedang mabuk cinta.. andalah penyebabnya

7. Si dia tidak lagi perlukan hiburan. Tak perlu menonton cerita lawak dan sebagainya utk ketawa.. Hanya dgn membaca sms anda.. dia mampu tersenyum lebar.. dan ketawa hingga tak keruan jadinya.. Anda penyebab dia di gelar 'gila'..

8. Kesalahan anda mudah untuk dimaafkan. Kalau anda terlupa janji anda.. datang lewat utk temu janji.. ada buat salah dan sebagainya.. dia akan jawab 'Tak apa'.. erm.. bg dia.. sudah cukup gembira anda sudi berada di sisinya.. Huish.. mmg tangkap cintan la ni.

9. Dia menjemput kamu makan malam di rumah keluarganya.. Jaga-jaga.. dia benar-benar telah jatuh cinta.. dia tidak akan melepaskan anda!

Monday, June 22, 2009

LoVe iS beAutY

love beauty Pictures, Images and Photos

Jangan lah kau cintai aku kerana aku sempurna

Tapi buatlah aku sempurna dengan cintamu

Perbezaan kita bisa menimbulkan cinta

sedang cinta kita bisa menerima perbezaan

mencintaimu adalah sesuatu yang indah

sedang rasa dicintai adalah sesuatu yang lebih indah

kerana mencintai dan dicintai adalah segalanya dari "keindahan"

CINTA ITU MEMBUNUH KU!

Kau tampar aku dengan sapaanmu,
Kau tumbuk aku dengan lirikan matamu,
Kau tikam aku dengan senyuman manismu,
Kau bunuh aku dengan CINTA mu!

Menanti yang tidak pasti

Ini adalah masalah pertama yang ingin dibincangkan di ♥kamar cinta♥.. Nama yang dipaparkan bukanlah nama sebenar.

Aku sudah bercinta dengan dia lebih 5 tahun. Dia cantik, lemah lembut dan baik. Aku mulanya hanya ingin berkawan sahaja.. tetapi akhirnnya entah mengapa aku mula serious dgn dia. Di awal percintaan semuanya indah.. itu adalah lumrah cinta. Apabila usia perhubungan kami meningkat dewasa, dia mula berubah wajah. Dia mula memasang dua.. tiga.. Aku cinta dia.. benar-benar cintakan dia.. tapi kenapa dia?

Pada mulanya, aku sangkakan dia sekadar ingin suka-suka. Aku biarkan sahaja.. dia berkawan dan keluar dgn lelaki y dia suka... terkadang timbul rasa marah dan cemburu juga.. kawan2 aku mengatakn ak lelaki dayus.. biarkan sahaja awek pijak kepala.. tapi.. aku sayangkan dia.. aku sayangkan hubungan aku dan dia...

Kami hampir mendirikan rumah tangga. Aku sudah sering menasihati dia.. mula-mula dia berjanji tidak akan lagi melakukan perkara seperti itu, tapi tak lama lepas itu.. muncul cerita baru. Smp bila aku dapat lagi menahan? Keluarga dua belah pihak sudah mengenali antara satu sama lain, jadi aku tak mahu mengakhiri hubungan aku dan dia.. tapi.. smp bila?

Kini.. aku masih lagi begini.. menanti.. menjalani hari.. hari y semakin hampir dengan hari pernikahan kami.. sedang dia masih lagi terus-terusan.. menduakan diri ini...

Buntu,
Tersepit dalam hati

Professor Love & Doktor Hati

This is me.. Professor Love.. and my frend..

Doktor Hati..

We are going to heal you.. cure you.. n share with you.. about.. LOVE!

Love Me Please

♥Kamar Cinta♥

Cinta.. bagaimana agaknya nikmat jatuh cinta? bagaimana seksa dan peritnya akibat cinta? Jika sudah mengalami.. maka mengertilah bagaimana semua itu terpaksa diharungi. Setiap manusia pasti akan mengalami detik-detik 'cinta'.. mari kita berkongsi tentang cinta.. di ♥kamar cinta♥.. Nantikan posting dari pakar-pakar cinta di ♥kamar cinta♥ ini.. ~ Keep Updating

It is All about Love

Anda di jangkiti virus 'cinta'? Perlukan bantuan untuk memulihkan penyakit 'cinta' anda? Anda ingin belajar tentang cinta? Ingin mengetahui lebih tentang cinta? Ingin berkongsi cerita tentang 'cinta'? Di sini tempat nya! ♥Kamar Cinta♥! Buat semua!