salam.. hai nolly.. terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman cinta kamu bersama kami.. saya harap kamu tabah menghadapi ujian yang terpaksa kamu tempuhi..
Nolly, jadi sekarang kamu mahu lupakan S? dan bina hidup baru yang jauh lebih bermakna? Sy sokong keputusan kamu itu. Sy tidak rasakan S serious dgn kamu.. dan sy juga berpendapat.. S bukanlah seorang lelaki yang baik utk dijadikan suami. Sy rasa kamu bertuah kerana kamu belum lagi berkahwin dgn dia.
Kamu lebih beruntung daripada isteri S skrg ini kerana kamu belum mempunyai sebarang ikatan dgn dia, jadi kamu bebas daripada belenggu cinta nafsu dia. Sy rasa jika kamu berkawin dgn dia.. kamu akan lebih kecewa kerana mempunyai suami seperti itu. Dan ada pendapat menyatakan.. manusia akan lebih menyukai dan mengemari sesuatu y tidak halal.. ini bermaksd.. kebanyakkan lelaki lebih suka bersama dgn wanita lain y tidak halal utk dia berbanding bersama isterinya..
Nolly. kamu belum terlambat untuk berubah. Pintu taubat sentiasa ada. Saya yakin jika kamu sebulat hati utk menjauhi segala perbuatan kamu y sia2 itu selama ini.. maka kamu dapat lakukan.. dan lupakan semuanya serta menuju ke arah yang jauh lebih baik. Nolly.. adakah kamu inginkan suami seperti S? mahukah kamu? sedangkan dia mampu berbuat begitu kepada kamu.. sedangkan dia boleh curang dgn isterinya.. tak mustahil dia akan melakukan perkara yang sama terhadap kamu nanti sekiranya dia sudah jemu atau mempunyai wanita lain. Jadi nolly.. cadangan sy.. kamu pikirkan segala keburukan dia.. jauhi la cinta alam siber.. kerana lebih banyak keburukan dan penipuan di alam siber.. Jika boleh, carilah kawan2 yang dapat membimbing kamu ke arah yang benar.
Saya tahu, mungkin sukar di permulaan utk kamu lupakan S.. kerana kamu sudah bersama dia dlm jangka masa yang panjang.. berbanding cinta2 kamu sebelum ini.. tapi masa bukanlah sesuatu pengukur kepada keindahan dan kesucian suatu cinta itu.. jadi, jika boleh.. buang semua detail y kamu ada ttg dia, jgn lagi cuba2 utk menghubungi dia.. erm.. by the way.. kamu boleh try cara2 utk lupakan S mengikut posting y sy buat di sini http://loveheaven0.blogspot.com/2009/06/way-to-forget-about-someone.html ...
nolly.. cinta akan hadir apabila kamu berjumpa dgn lelaki y betul2 menyintai kamu. Jika kamu rasa F da lama menunggu kamu.. cuba la beri dia peluang utk buktikan cinta dia.. beri peluang pada hati kamu utk melihat kesungguhan cinta dia. Cuba buka hati kamu utk lelaki lain.. sy tahu.. mungkin sukar utk kamu kerana waktu kamu bersama lelaki lain.. kamu akan teringatkan S.. tp sy yakin.. masa dapat menjadi penyembuh yang terbaik.
Apa yang kamu perlu lakukan kini.. kuatkan diri kamu.. cekalkan hati.. dan nekad utk melupakan dia.. ingatlah.. apa yang kamu lakukan.. pasti akan dapat balasannya.. jadi elakkn diri daripada terus terusan bersama S kerana dia suami orang skrg ini.. dan kamu pastinya tidak mahu suami kamu nnt mempunyai hubungan dgn perempuan lain rite? Erm.. sy yakin.. cinta akan berputik di hati kamu juga dan kamu akan bahagia jika kamu beri peluang pada insan lain.. pada cinta lain utk bertamu di hati kamu.. Yang sempurna dan terbaik datang daripada YANG MAHA ESA.. sy hanya insan biasa saja
Sekadar Berkongsi..
Professor Love




No comments:
Post a Comment
TQ for sending us a comment. We will reply back as soon as possible! We always there.. ;-)
Best Regard,
Professor Love